semalam aku ke ofis kerana meraikan Andrew Cheong Wai Lup yang hendak meninggalkan CPC-MNP untuk ke Projek lain: MOE.. jadi sebagai mengotakan janji kami berempat (lagipun ini mmg turn dia untuk "open table").. heheheh..

tempat yg dipersetujui ialah Fish & Co. di One Utama.. kami pergi dengan Baby Putih.. oleh kerana kami semua tahan lapar utk occasion ni, jadi makanan yg dipesan adalah agak melampau... kami pesan
1) Sambal Fish

sedap sambal dia.. macam masak kat rumah punya kata Muun.. nasi dia yg aku suka
2) Seafood Platter for 2 (padahal makan 4 org)

ini sangat superb.. serving sangat besar
3) Fettuccine with mushroom and Pesto Sauce

pesto sauce dia pown sedap.. terasa herbs dia masa aku makan
4) minuman saye ialah tadaaaaaa Pink Passion- sangat sedap mocktail ini

bila tang nak bayar, Andrew berpeluh-peluh nak sign approval slip yg ada nombor 124 point something something

kami yg dibelanja senyum saje... hehehehehehehheheheheh

lepas tu, mereka yang bekerja mula dihujani panggilan telefon daripada orang gelap yg rubbish dan tak best lalu kami beransur pulang..
saye yg bosan turut pergi ke ofis kerana konon2 nak buat TT_CVS yg ade 30 dalam queue tu tapi baru nak buat Amdocs pulak down.. jadi tak de mood nak buat kerja.. oleh kerana bosan, saya buat plan untuk pergi mencari orang yg boleh temankan saye.. nasib baik Encik Teruna yg sedang bercuti tidak ada plan dan bersetuju utk keluar... kami takde hala tuju (typical me) jadi menuju ke tempat yg berhampiran dengan ofis saje...

lepak2 saje pun buhsan, jadi pergi menonton (sape yg tanak menonton secara percuma kan? ehehehehe).. memule ingat nak tgk cerita yg ada Brad Pitt tapi penuh dan yg seterusnye terlalu lewat.. tak elok kan balik lewat malam, so kami settle dengan cerita bangsa sendiri.. tetibe Encik Teruna tersenyum bile tengok salah satu nama dalam barisan pelakon filem ni.. alamak! sekali nama sama macam nama ayah dia laaaaa... hahahahah.. Dah jadi Dato' rupenye, anak dia sendiri pun tak tau :)

bagi aku, bagus nak hidupkan semula epik Melayu macam ni.. tapi cerita2 macam ni perlu study lebih sikit.. aku kecewa bila Awang main catur (buah catur pelik yg aku tak pernah tengok) dan kata "Checkmate!" masa dia dicabar utk main catur di Siak.. tapi dia takde pulak cakap checkmate mase kalahkan Raja Muda Bugis main catur Makasar walaupun buah dan papan catur Makasar tu rupa dia sebijik macam Chess.. aku juga sakit mata bila tgk wakil VOC Claudia pakai kemeja dan seluar panjang padahal zaman tu ialah tahun 1770-an (kalau tak salah aku) perempuan Inggeris zaman tu pakai petticoat, corset, tunic dan kain labuh menutup kakinya, kalau nak keluar mesti bawa parasol dan sapu tangan.. haih.. jalan cerita juga agak berbeza sikit daripada yg aku pernah baca.. kempunan nak tengok lembing Awang menusuk dari seorang ke seorang sampai 99 orang dan akhirnya sampai ke Dayang.. penghabisan hikayat ni aku dengar ada 2 versi, satu lembing Awang berhenti lepas menusuk si Dayang sampai mati, satu lagi lembing Awang berhenti membunuh lepas ayah Dayang mati dan lembing tu di cabut oleh Dayang, Awang terus belayar balik dan Dayang tak kawin sampai akhir hayat dia. tapi dalam cerita tu, lembing dia pulang kat Dayang dan epilog cerita tu berakhir bila Awang yg tua cakap kat perempuan tua sebelah dia "mari pulang sayangku Dayang".. haih terus aku confuse..
tapi takpe la at least ada effort nak hidupkan epik Melayu yg bagi aku menarik jugak jalan cerita dia walaupun agak slow..
lepas movie, kami yg kelaparan pun merayau la mencari makan.. oleh kerana kami berdua kuat makan dan agak sengkek kerana majikan kami belum bagi gaji lagi, kami pun beredar dari kawasan yg kelas tinggi itu lalu pergi ke tempat yg lebih sesuai dengan poket kami ehehehehe.. aku order Tomyam seafood dgn nasi.. oleh kerana tom yam sampai dulu, by the time nasi sampai kuah dan isi tomyam tu dah tinggal separuh kami kerjakan..

partner makan aku pulak order nasi goreng USA yang nampak sedap menyebabkan aku menyesal order tomyam.. huhuhuhuh

lepas kenyang dan bergossip tak ingat dunia, baru la aku teringat esoknye nak pegi wedding Sarah Kambali.. cecepat aku balik